Product Code: Gula Anau Pilah
Availability: In Stock
MYR15.00
Ex Tax: MYR15.00

Gula Anau Asli dari Pilah 800g

S2 : Ada berapa keping gula anau ni?

J2 : Dalam 1 turus, ada 5 keping gula anau asli S3 : Berapa berat seturus gula anau? J3 : Berat satu turus gula anau minimum 600 gram S4 : 100% guna air nira pokok anau ke? J4 : Diperbuat dari air nira pokok anau dan SEDIKIT campuran gula pasir. Tujuan campuran gula pasir supaya gula anau tidak cepat cair & terlalu rapuh. TIADA CAMPURAN gula merah. S5 : Macamana nak simpan gula anau? J5 : Cara terbaik, simpan jer dalam fridge, boleh tahan lama lebih dari 6 bulan. S6 : Apa perbezaan gula anau dengan gula melaka? J6 : Gula Anau diperbuat dari air nira pokok anau manakala gula melaka diperbuat dari air nira pokok kelapa. S7 : Apa perbezaan gula anau dengan gula kabung? J7 : Gula kabung diperbuat dari pokok kabung, juga dipanggil pokok enau. Biasanya gula kabung popular di negeri Pahang. S8 : Apa perbezaan gula anau dengan nisey kerek? J8 : Nisey kerek diperbuat dari nira pokok kelapa, sama seperti gula melaka. Cuma cara pembuatan yang berbeza, membuatkan rasa kedua-dua gula ini berbeza. Biasanya nisey kerek glamer di Kelantan. S9 : Apa perbezaan gula anau dengan gula apong? J9 : Gula apong diperbuat dari nira pokok nipah dan menjadi kebanggaan orang Sarawak. Biasanya gula ini dijual dalam bentuk cecair. Gula anau atau gula enau ini sedap digunakan dalam masakan. Untuk orang Nismilan, gula anau biasa digunakan dalam pembuatan kuih kelepong, (macam kuih onde-onde gula melaka), kuih badak berendam, kuih puteri mandi, inti kuih koci dan lain-lain. Buah anau ni, kita panggil buah beluluk.

There are no reviews for this product.

Write a review

Note: HTML is not translated!