Product Code: Kurma Ajwa JUMBO
Availability: In Stock
MYR20.00
Ex Tax: MYR20.00

Available Options

Kurma Ajwa JUMBO
+-3.5cm - 4cm 

100g / 250g / 400g / 1kg

Mempunyai rasa yg sederhana manis semulajadi (diabetes friendly) Kulit dan isi bertekstur lembut, Isi yang agak tebal, lembut dan gebu serta fresh. Lebih banyak khasiat daripada kurma kurma lain Rasulullah SAW bersabda : «مَنْ تَصَبَّحَ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعَ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ فِي ذَلِكَ اليَوْمِ سُمٌّ وَلاَ سِحْرٌ» Barangsiapa yang makan tujuh biji KURMA 'AJWA diwaktu pagi (sebelum sarapan dalam keadaan perut kosong), maka pada hari itu ia akan terhindar dari racun dan sihir." (Hadis Sohih Riwayat Bukhari No.5445 dan Hadis Sohih Riwayat Muslim No.2047 dan yang lainnya) Insya'Allah antara khasiat KURMA AJWA : 1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah). 2 .Baik untuk ibu mengandung dan ibu menyusukan anak. 3. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol. 4. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium. 5. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan. 6. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim. 7. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung. 8. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

Khasiat2 lain untuk kurma ajwa:- - Menambahkan susu badan. - Baik untuk kesihatan keluarkan racun dalam badan. - Menambah penghasilan sel darah merah. - Baik untuk kesihatan jantung. - Menambahkan tenaga. - Meningkatkan kesuburan - Baik untuk sistem pencernaan/penghadaman badan. - Mencegah penuaan, kecantikkan kulit dan awet muda. - Memenuhi nutrisi yang diperlukan oleh tubuh Kurma ajwa adalah jenis kurma kesukaan Nabi berasal dari Madinah dan juga yang paling digemari oleh umat Islam di dunia. Ciri-ciri kurma ajwa yang asli adalah warnanya yang hitam pekat dan terdapat beberapa garis kecil. KURMA Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

There are no reviews for this product.

Write a review

Note: HTML is not translated!